Saturday, April 24, 2010

Sejarah Internet di MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS INTERNET DI MALAYSIA

Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.

Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.

MIMOS yang dikenalikan oleh 5 pakar komputer iaitu Dr Mohd Azzman UM, Dr Awang Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM), Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.

Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.

Pada bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet boleh diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari
Singapura, Brunei, dan Thailand.

Dari segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.

Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta bilangan talian dail.

Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang belakang.

Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal Perkhidmatan Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.

Friday, April 23, 2010

Bukan sekadar antivirus




TATKALA asyik melayari Internet dalam alam siber, komputer yang digunakan mempunyai risiko tinggi terdedah kepada bahaya 'diceroboh' tanpa disedari pengguna. Senario itu tentu sekali akan menyusahkan pengguna, apatah lagi apabila komputer yang digunakan untuk melakukan tugas harian ataupun aktiviti lain secara tiba-tiba tidak dapat berfungsi dengan baik.

Memburukkan lagi keadaan, peranti tersebut mengalami masalah tanpa diduga puncanya sehingga terpaksa diperbaiki dan diganti baru sekali gus mengakibatkan kerugian kepada pengguna.

Memang sukar mempercayainya, tetapi itulah hakikat terpaksa dihadapi pengguna komputer dalam era dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar.

Bagi membendung masalah itu daripada terus berlaku, pengguna komputer perlu mengambil langkah berhati-hati dengan mengutamakan aspek keselamatan untuk menjaga dan melindungi peranti mereka daripada 'diceroboh'.

Malangnya, walaupun dengan teknologi serba canggih hari ini ada sahaja virus, perisian perosak (malware), penggodam dan perisian intip (spyware) baru yang sentiasa berlegar di alam siber menanti masa sesuai untuk 'menyerang' komputer pengguna.

Bahkan, pakar-pakar teknologi menganggarkan sekurang-kurangnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke Internet setiap bulan.


SERANGAN virus ke atas gajet komputer anda akan membahayakan data-data penting yang disimpan.


Menyedari situasi genting itu, sebuah syarikat milik bumiputera Malaysia IkonaSoftware (M) Sdn. Bhd. yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland, membangunkan aplikasi sistem perlindungan komputer dikenali Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware).

Ikona MAPS mempunyai perbezaan ketara berbanding dengan antivirus konvensional yang terdapat di pasaran kerana ia menawarkan empat konsep keselamatan iaitu antivirus, antispyware, antimalware dan antihack.

Perlindungan empat dalam satu

Menurut Ketua Pegawai Operasi IkonaSoftware (M) Sdn. Bhd., Mohamad Razali Salleh, setiap satu konsep keselamatan itu mempunyai fungsi yang berbeza-beza untuk melindungi komputer pengguna.

"Ia mempunyai sifat melindungi, mengawal dan memusnahkan 'ancaman' terhadap komputer pengguna.

"Ramai yang tersalah tafsir bahawa Ikona MAPS merupakan antivirus tetapi hakikatnya ia adalah sistem perlindungan komputer empat dalam satu yang dapat memberi perlindungan maksimum kepada pengguna," ujarnya ketika ditemui Kosmo!.

Mohamad Razali menambah, keunikan produk itu adalah pengguna masih mampu melindungi komputer mereka tanpa capaian ke Internet. Ikona MAPS boleh disifatkan sebagai 'hulubalang' yang mempertahankan komputer pengguna.

"Ada yang beranggapan mustahil produk ini dapat bertindak secara tunggal (stand alone) tanpa sokongan Internet kerana konsep perisian antivirus yang terdapat di pasaran memerlukan Internet untuk mengemas kini pangkalan data virus. Tetapi kita telah membuktikan ia mampu dilakukan.

"Ikona MAPS tidak menggunakan teknologi padanan atau logik heuristics bermakna pangkalan padanan virus secara tepatnya tidak wujud bagi mengenal pasti bentuk virus.

"Antivirus yang berdasarkan logik heuristic hanya memberi bayangan berjaya mengawal virus, tetapi kebanyakannya tidak dapat dikesan. Ia juga tidak mempunyai pangkalan data yang perlu dikemaskini bagi mengenali virus baru," ujarnya lagi.

Kata Mohamad Razali, perisian antivirus yang terdapat di pasaran menggunakan teknologi padanan (signature) kemas kini berterusan ke atas pangkalan padanan virus dan memerlukan 'patches' untuk memusnahkan setiap virus baru dikesan.


MOHAMAD RAZALI (kiri) dan Syamsury menunjukkan Ikona MAPS keluaran IkonaSoftware (M) Sdn. Bhd.


Tambahnya, jika pengguna tidak mengemaskini komputer dengan patches terbaru, bermakna perisian antivirus itu tidak mampu melindungi komputer daripada virus baru.

Disebabkan Ikona MAPS merupakan produk secara tunggal ia tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya menerusi pangkalan data virus. Ia mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali.

"Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus dikenali kerana kita tidak memerlukannya. Ia boleh membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak dikenali. Apabila serangan berlaku setiap virus akan dikuarantin atau dihapuskan terus," katanya.

Ujarnya lagi, Ikona MAPS adalah perisian pintar yang mempunyai dua enjin pengkomputeran utama iaitu tujuan (intention) dan perangai (behavior). Apa yang dilakukannya hanya fokus agar sistem komputer tidak 'mesra malware' dan melindungi data komputer daripada penceroboh.

Katanya, ia juga akan beroperasi memantau dan melindungi sepanjang masa tanpa mengganggu aplikasi lain yang digunakan pengguna. Terdapat kerlipan lampu merah, biru dan kelabu pada ikon Ikona MAPS menandakan ia sedang beroperasi.

Kelebihan lain yang ditawarkan Ikona MAPS adalah ia juga bukan membunuh virus apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum virus memasuki RAM lagi.

Ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, Trojan kuda, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.

Gabung tenaga 300 pakar

Menyentuh mengenai Penyelidikan dan Pembangunan Ikona MAPS, Mohamad Razali berkata, ia mengambil masa selama empat tahun untuk membangunkan produk cetusan idea anak tempatan.

"Kita menggunakan kepakaran tempatan dan luar negara untuk membangunkan Ikona MAPS. Proses penyelidikan dan pembangunan produk ini amat rumit kerana kita tidak mahu prototaip diketahui pesaing.


IKONA MAPS didatangkan dengan pemacu storan untuk memudahkan pengguna.


"Bahkan ia melibatkan hampir 300 tenaga pakar untuk menyiapkan produk ini kerana kita terpaksa mencantumkan satu persatu program Ikona MAPS bagi tujuan keselamatan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Media IkonaSoftware (M) Sdn. Bhd., Syamsury Yunus, berkata, Ikona MAPS menerima platform Microsoft XP SP1/2/3 dan Vista, ia juga mengawasi muat turun dan fungsi salinan.

"Ikona MAPS memudahkan kawalan sekuriti automatik sama ada pada dalaman dan luaran sistem serta memantau rangkaian sekuriti termasuk penggunaan peranti luaran seperti pemacu storan dan cakera padat.

"Instalasi Ikona MAPS juga unik kerana menggunakan pemacu storan (thumbdrive) berbanding penggunaan cakera atau muat turun di Internet bagi produk antivirus konvensional. Pendekatan ini digunakan bagi mengelak sebarang bentuk penyalinan," katanya.

Ujarnya, semasa instalasi, Ikona MAPS akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit.

Katanya, imbasan default Ikona MAPS pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.

Satu unit Ikona MAPS dijual pada harga RM520. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu boleh melayari laman web www.ikonasoftware.com.

Sumber: Kosmo Online

Transparent Laptops





























Wednesday, April 21, 2010

Kisah Syaitan Bernama khanaz

Kisah Syaitan bernamaKhanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak
cucu Adam , dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan
Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan
anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.
Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi
menuju
ke rumah Adam dan Hawa.
Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi
kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,
pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu

Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita
menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak
Syaitan,
yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..
"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam . Setelah lama
pikir-pikir...
"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak
dan
tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah
keluar pergi kerja,
"Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah
meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,...Semalam Adam
pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu
sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar
sana..."terang Hawa.
"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun
bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu
Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan
Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama
Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih
berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu
kita.." kata Adam .
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut,
biar
abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak
nya ini lagi..." terang Adam .
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz
ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk
menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu
kita"kata Adam .
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku
telan
sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam .
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada
Khanaz.
Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana
yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan
Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz
dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak
cucu Adam ..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa
buat kita was-was.
Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

LAMAN WEB BAHASA MELAYU UNTUK INFO KOMPUTER DAN I.T.

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang



Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki
tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.
Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk
diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.
Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai
Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan
masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan
dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak
jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga
satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun
memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda,
jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana
engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan
merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari
kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara
berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan
elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu
(non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy
creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain
susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan
segala yang sewaktu dengannya
7.. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun
belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di
kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar
nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang
sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam.


'sharing is caring.



Dear Friends,
I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant.
Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari.
Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem.
The doctor yang check dia kata, the main cause is:
1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Anak saudara setan

Gambar Hiasan

KUANTAN: Kelu lidah seorang suri rumah apabila anak saudaranya sendiri tergamak mengacukan sebilah pisau di leher sebelum merampas rantai lehernya dalam kejadian di Bandar Indera Mahkota di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa berusia 39 tahun yang tinggal seorang diri di rumahnya didatangi lelaki berusia 40 tahun terbabit yang dikatakan mahu meminjam wang daripada ibu saudaranya itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk anak saudaranya itu mengizinkan lelaki berkenaan masuk ke rumahnya.

Menurutnya, ketika bersembang di ruang tamu, wanita itu meminta lelaki terbabit duduk di situ sebentar sementara dia ke dapur.
Bagaimanapun, katanya, ketika wanita terbabit berjalan menuju ke ruang tamu dari dapur, dia ditahan lelaki terbabit sambil mengacukan sebilah pisau di lehernya.

Zulkifli berkata, mangsa yang tergamam tindakan lelaki itu merayu dilepaskan dan tidak dicederakan.
“Melihat ibu saudaranya makin ketakutan, lelaki terbabit memintanya menyerahkan rantai leher bernilai RM2,500 sebelum mangsa terpaksa akur arahannya.

“Lelaki itu melarikan diri bersama barang kemas yang dirampasnya sebelum mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan,” katanya.
Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki terbabit yang juga penagih dadah sebelum ini pernah menyatakan hasrat meminjam wang daripadanya tetapi mangsa tidak melayannya.



Sumber : Berita Harian Metro - Akhbar Online Malaysia