Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di  dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan  mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang  sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang  bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti  jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa  yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik  pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang  lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana  ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara  tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati  setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita  ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal  tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik  mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah  hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan  berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama  Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa  yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .  Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita  tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang  dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah  supaya lidah ini tidak kelu semas a nyawa kitasedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi  mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin  Yarobbala'lamin .."
Wallahualam....
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment